Set peraturan ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat Umum Travian. Bagi kes larangan atau pemeriksaan apa yang dibenarkan dan apa yang tidak, anda perlu merujuk Terma dan Syarat Umum terutamanya Seksyen §7.

Sebarang percubaan untuk memanipulasi peraturan permainan akan dianggap sebagai melanggar peraturan permainan dan dihukum. Semua peraturan permainan masih sah pada akaun yang hendak dipadam atau sedang dipadam.

  • §1 Akaun
    • §1.1 Setiap pemain hanya boleh memiliki dan bermain 1 akaun sahaja bagi setiap dunia permainan
    • §1.2 Pemilik alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun adalah dianggap pemilik akaun. Jika anda hendak membuat pertukaran alamat e-mel, anda boleh menukarnya di Profail - Akaun pada "Pertukaran alamat e-mel". Bagi kes kes tertentu, Multihunter boleh meminta anda menyatakan alamat e-mel anda atau meminta anda menghubungi admin dengan e-mel tersebut. Pihak Travian TIDAK akan sesekali meminta kata laluan pemain.
    • §1.3 Memberikan kata laluan kepada pemain lain adalah tidak dibenarkan melainkan bagi kes "multi pemain", yang dibenarkan selagi setiap pemain yang memainkan akaun tersebut tidak memiliki akaun pada dunia permainan yang sama.Jika seorang pemain hendak berpindah dari 1 akaun ke akaun yang lain, pemilikan akaun pertama hendaklah ditukarkan, dipadam atau membuat penukaran kata laluan SEBELUM pemain menerima akses ke akaun kedua atau membuat akaun baru. Akaun yang bersambung melalui fungsi "Penjaga" atau "Pengguna Sama PC" tidak boleh menggunakan kata laluan yang sama.
    • §1.4 Akaun yang dimainkan penjaga semata mata (tiada log masuk dari pemilik) selama lebih 14 hari adalah tidak dibenarkan.
    • §1.5 Jika terdapat beberapa pemain bermain pada komputer yang sama, setiap pemain yang bermain dalam dunia permainan yang sama mesti mendaftar pada "Pengguna Sama PC" untuk tempoh bermain dan kemudian batalkan sebaik sahaja selesai. Cubaan menyalahgunakan fungsi ini akan dihukum.
    • §1.6 Pemilik akaun perlu bertanggung jawab untuk setiap tindakan oleh penjaga dan dwi pemain.


  • §2 Interaksi - Pemindahan sumber dan menyerang
    • §2.1 Setiap akaun hanya dibenarkan untuk menghantar keluar atau berdagang pada kadar kerugian (dikenali sebagai "Paksaan") maksimum 1 jam produksi sumber pada setiap 24 jam. Dalam kes pemindahan sumber ke beberapa pemain, ia perlu dibahagikan dan jumlah keseluruhan penghantaran tetap tidak boleh lebih dari 1 jam produksi sumber. Satu jam produksi sumber ialah jumlah produksi sumber semua kampung dalam tempoh 1 jam tanpa menolak senggaraan bangunan dan askar-askar. Ia boleh dihantar dengan apa apa kombinasi sumber, dari semua kampung atau dari 1 kampung sahaja.
    • §2.2 Penjaga dan Pengguna Sama PC hanya boleh membuat perdagangan dengan nisbah 1:1 sahaja. Ia boleh dihantar dengan apa apa kombinasi sumber, dari semua kampung atau dari 1 kampung sahaja. Pemindahan sumber dengan nisbah 1:1 mesti selesai dalam tempoh 48 jam.
    • §2.3 Akaun adalah dibenarkan untuk untuk menghantar tanaman bagi penyelenggaraan askar askar yang diletakkan sebagai bantuan pada akaun yang SEDANG diserang. Bagi kes serangan tanpa henti ke atas akaun yang dibantu, dalam sehari, jumlah tanaman yang dihantar mestilah hanya untuk penyelenggaraan askar askar selama 24 jam sahaja.
    • §2.4 Akaun yang memiliki Keajaiban Dunia, Pelan pembinaan atau Artifak boleh diberikan sumber tanpa had, oleh mana mana pemain termasuk penjaga dan pengguna sama pc.
    • §2.5 Semua jenis serangan (termasuk mengintip) diantara pemain yang bersambung dengan fungsi penjaga dan pengguna sama pc adalah tidak dibenarkan. Selepas membatalkan fungsi, terdapat 2 hari tempoh menunggu sebelum dibenarkan membuat serangan. Serangan bagi pemindahan artifak adalah dikecualikan dari peraturan ini.
    • §2.6 Penjajahan diantara pemain yang bersambung dengan fungsi penjaga dan pengguna sama pc adalah tidak dibenarkan. Selepas membatalkan fungsi, terdapat 2 minggu tempoh menunggu sebelum penjajahan dibenarkan. Penjajahan diantara pemain yang berada dalam satu persekutuan atau ahli persekutuan yang memiliki konfederasi rasmi adalah tidak dibenarkan. Selepas membatalkan fungsi, terdapat 2 hari tempoh menunggu sebelum penjajahan dibenarkan.


  • §3 Netik - Komunikasi Dalam Permainan
    • §3.1 Menjual akaun, askar, sumber atau perkhidmatan (i.e serangan) adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk masa yang dilaburkan ke akaun atau akaun yang dihadiahkan melalui lelongan.
    • §3.2 Semua yang melibatkan perkara berikut adalah tidak dibenarkan
      • menghina atau memalukan pemain lain
      • bahasa, bahan dan pautan lucah
      • ancaman di kehidupan sebenar
      • perkauman, jantina atau mana mana perkara yang melibatkan diskriminasi
      • apa apa perkara yang di anggap tidak sesuai oleh Multihunter atau Admin pada bila bila masa.

    • §3.3 Semua jenis komunikasi mestilah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris. Ini termasuk pada profail akaun dan persekutuan.
    • §3.4 Memeras ugut adalah tidak dibenarkan. Rundingan yang dimulakan oleh pemain yang diserang bagi mencari penyelesaian atas konflik yang dihadapi tidak termasuk dalam perenggan ini.
    • §3.5 Semua jenis pengiklanan, spam atau surat berantai adalah tidak dibenarkan.
    • §3.6 Memaparkan laporan peperangan pada permainan atau forum tanpa kebenaran kedua dua pihak adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk memaparkan mesej (IGM) atau e-mel ke/dari pemain lain, Multihunter/Supporter atau Administrator.
    • §3.7 Memaksa atau mendesak pemain memadam akaun, memberikan akses sebagai penjaga, berkongsi akaun, memberikan kata laluan atau melanggar peraturan adalah tidak dibenarkan.
    • §3.8 Penggunaan skrip, bot dan lain lain yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan. Permainan hendaklah dimainkan dengan apa yang telah tersedia, menggunakan pelayar internet yang tidak diubahsuai. Pek grafik adalah terkecuali dari perenggan ini. Sebagai tambahan, mengekploitasi ralat atau pepijat adalah tidak dibenarkan.
    • §3.9 Meniru nama jawatan rasmi Travian atau menggunakan nama yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan dah akan dihukum dengan pemadaman serta merta.


  • §4 Aturan Pentadbiran
    • §4.1 Dalam kes pencabulan peraturan permainan, Multihunter atau Admin akan menentukan hukumannnya (jujur dan bersopan boleh membantu mengurangkan hukuman). Kerugian sumber, bangunan, kampung atau askar ketika larangan tidak akan digantikan. Pemain tidak boleh menuntut ganti rugi atau pampasan atas masa Emas Travian dan/atau Plus yang hilang ketika larangan. Pengguna Emas Travian dan/atau Plus tidak akan menerima sebarang layanan istimewa bagi perkara yang melibatkan peraturan permainan, ini termasuk dari segi masa proses dan hukuman.Sebagai tambahan, akaun yang menggunakan kata laluan yang tidak selamat atau mudah diteka tidak akan menerima apa apa pampasan dalam kes berlakunya kerosakan.
    • §4.2 Multihunter merupakan satu satunya hubungan bagi perkara yang melibatkan peraturan permainan. Pemain boleh menghubungi Multihunter melalui mesej (IGM) jika mahu menyelesaikan kes atau isu. Bagi kes keraguan atas keputusan Multihunter, pemain boleh e-mel ke admin@travian.com.my. Pihak travian akan hanya memberikan maklumat kepada pemilik akaun sahaja.
    • §4.3 Pihak Travian berhak untuk meminda atau mengubah peraturan permainan pada bila bila masa.
    • §4.4 Jika aturan individu untuk set peraturan didapati tidak efektif, ia hanya memberi kesan kepada aturan tertentu sahaja. Administrator akan memastikan peraturan yang tidak berkesan digantikan secepat mungkin. Bagaimanapun draf perubahan aturan akan melibatkan akaun yang sedang dilarang biarpun versi terakhir belum dikeluarkan.
Newsbox-1
PENGUMUMAN!!

Server 2 Travian Malaysia iaitu s2.travian.com.my akan bermula pada hari Jumaat bersamaan 5 Februari 2010 jam 00.01.

Pra-pendafaran boleh dibuat bermula pada hari Rabu bersamaan 3 Februari 2010.

my2 adalah Travian versi T3.6 dengan fungsi panggil balik askar serta merta

Terima Kasih!!

Newsbox-2
PENGUMUMAN!!

Terdapat perubahan permainan dalam proses pemindahan sumber yang mana kekangan dikenakan secara automatik. Sila rujuk di sini untuk penjelasan lanjut.

Terima Kasih!!
Newsbox-3
Travian Malaysia on Facebook
Soalan Lazim | Skrin Tangkapan | Pautan | Peraturan permainan | Terma | Penerbit
Choose your World Schließen
Pemain:4008
Dalam Talian:237
my1 login
Pemain:3747
Dalam Talian:269
my2 login
2766
112
my4 login
2595
143
my5 login
1883
3
my3 login
4856
546
myx login
Choose your World Schließen
Pemain:3747
Dalam Talian:269
my2 register
Pemain:4008
Dalam Talian:237
my1 register