
Anda boleh memilih antara tiga puak dalam Travian, Rom, Gaul dan Teuton. Setiap puak mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dan jenis-jenis askar mereka adalah sangat berbeza juga. Oleh itu adalah penting untuk memilih puak yang sesuai dengan anda.
Di sebabkan tahap sosial Rom dan pengetahuan dalam pembangunan teknologi adalah tinggi, Rom ialah pakar dalam bangunan dan koordinasi. Pasukan mereka juga merupakan sebahagian daripada elit dalam Travian.
Mereka adalah sangat seimbang dan berguna dalam serangan dan juga dalam pertahanan.
Untuk menjamin kepelbagian ini, pasukan Rom dilatih dengan lama dan mahal. Infantri mereka adalah legenda yang hidup, tetapi pertahanan mereka terhadap askar berkuda bukannya sebaik puak lain. Jumlah sumber yang mampu dibawa pedagang Rom juga kecil.
Disebabkan mereka lemah pada permulaan permainan, ia tidak sesuai untuk mereka yang masih baru.
Gaul adalah paling aman daripada tiga puak dalam Travian. Askar-askar mereka adalah terlatih untuk pertahanan hebat, tetapi kemampuan mereka untuk menyerang masih setanding dengan dua puak lain. Gaul ialah penunggang, kuda mereka terkenal dengan kepantasan. Ini bermakna mereka menyerang musuh dengan tepat sehingga mereka boleh menyebabkan kerosakan dan mengelirukan musuh mereka.
Puak ini adalah sangat senang untuk bertahan, tetapi taktik aggresif boleh dilakukan. Ia berikan anda peluang untuk membentuk mana-mana arah strategik (pertahanan atau aggresif, persendirian atau pembantu yang dipercayai, pedagang atau perampas, infantri atau askar berkuda, peneroka atau penjajah), tetapi anda perlu sedikit pengalaman dan bakat.
Untuk mereka yang baru bermula, Gaul merupakan puak yang terbaik.
Teuton adalah puak yang paling aggresif. Askar-askar mereka adalah kejam dan ditakuti kerana keberangan dan kegilaan mereka apabila mereka menyerang. Mereka bergerak seperti segerombolan perampas, dan tidak takut akan kematian.
Tetapi, mereka kekurangan disiplin ketenteraan Gaul atau Rom, yang menyebabkan kelemahan mereka dalam kepantasan dan pertahanan.
Untuk para pemain yang aggresif dan berpengalaman Teuton adalah pilihan terbaik!