Latar Belakang Panorama Travian: LegendsBandar Biasa Travian: LegendsBandar Terbakar Travian: Legends
Latar Belakang Istana Travian: LegendsAskar Rom Travian: LegendsKomander Rom Travian: Legends

Sertailah yang terkenalPERMAINAN STRATEGI PAKAR

Perintis MMO sebenar dengan beribu-ribu pemain sebenar!

Pilih lagenda anda

Si Penukul

Rasakan pukulan dram sambil anda berlari menuju pagar musuh anda. Ketawakan muka mereka yang ketakutan dan pertahanan mereka yang kecil. Hon ditiup – sia-sia sahaja. Anda akan pergi membawa barangan mereka sebelum rakan-rakan mereka berpeluang menaiki kuda mereka. Tetapi serbuan tidak mencukupi. Tentera anda akan terus berkembang, dan anda tentunya mahukan lebih lagi. Anda bebas. Bebas untuk menakluki setiap penjuru dunia ini sehingga semuanya tunduk di kaki anda.

Lebih Keras dari Keluli

Perang tidak mungkin dimenangi dalam masa satu hari. Biarkan orang lain bertebaran melawan sesama sendiri sementara anda memantapkan ekonomi anda. Anda akan berdiri di atas dinding-dinding yang diperkukuh, mengejek tentera yang tidak terkira banyaknya yang telah hilang semangat. Kalahkan lawan anda dalam setiap langkah yang mereka ambil. Pasang perangkap untuk tentera mereka dan minta tebusan untuk tawanan mereka. Bekerjasamalah dengan jiran anda, mantapkan tulang belakang perikatan anda dan jadilah pelindung sebenar rakyat anda.

Jadilah Ketua yang Hebat

Alexander. Caesar. Anda. Sesetengah ketua membentuk satu era sejarah. Bangkitlah untuk membentuk perikatan anda daripada sekumpulan wira biasa menjadi kuasa yang tidak dapat dikalahkan. Ketua yang sebenar tidak hanya duduk di istananya menunggu masa yang sesuai. Gunakan karisma dan tipu muslihat diplomatik anda untuk mengekalkan kuasa anda, memanipulasikan lawan anda dan memegang empayar anda buat selama-lamanya. Jangan hanya menjadi sebahagian daripada cerita ini. Lakarkannya. Era ini adalah era anda.

defenderdefender
attackerattacker
leaderleader

Bermainlah dengan beribu-ribu pemain lain

Pengalaman MMO yang sebenar

Masukilah cerita yang dilakar sepenuhnya oleh sekumpulan pemain aksi yang kompleks. Mengembaralah di dunia yang sangat luas sehinggakan penunggang yang paling laju pun mengambil masa berhari-hari untuk melintasinya. Teuton yang ganas, orang Rom yang samseng dan orang Gaul yang licik akan menjadi rakan anda - atau lawan anda. Sistem perdagangan yang diuruskan sepenuhnya oleh para pemain akan membolehkan orang yang bijak menjadi kaya-raya. Cubalah memiliki setiap artifak yang unik - atau bina Keajaiban Dunia yang terpantas di dalam sejarah. Di Travian: Legends, anda boleh menjadi sesiapa sahaja yang anda inginkan.

Syurga Pakar Strategi

Jalan menuju ke dominion

Pendakian terhebat semuanya bermula dengan cara yang sama: dengan langkah yang pertama. Dari situ, semuanya di dalam tangan anda. Luaskan capaian anda sehingga penempatan yang pertama di bawah naungan pokok menjadi empayar yang tidak pernah tidur. Jelajahi dunia dan temui oasis kekayaan. Dan, akhirnya, musnahkan sesiapa sahaja yang menghalang anda. Hasil penat lelah anda akan ditunjukkan dengan pembinaan setiap bangunan, setiap askar dan setiap kemajuan yang akan mengembangkan peradaban anda.

Peperangan MMO yang Epik

Buktikan diri anda boleh

Serpihan-serpihan berterbangan di udara, menghancurkan bangunan dan memusnahkan harapan pertahanan. Tanah bergegar disebabkan oleh tentera yang berarak dan langit bertukar gelap hasil daripada debuan tapak kaki mereka. Selamat datang ke taman permainan dewasa. Tunjukkan kehebatan anda melawan ribuan pemain lain dan dapatkan kedudukan yang tinggi di dunia Travian. Menangi dengan strategi yang paling pintar atau terus serbu mereka, setiap jam. Sejarah bukannya tercipta di dalam dewan bandar lama, ianya tertulis di medan perang. Adakah anda seorang yang penakut - atau penakluk?

Monumen Abadi

Keajaiban Dunia

Anda belum mengalami kuasa yang sebenar selagi anda belum membina sesuatu yang agung, sehinggakan seluruh dunia berhenti untuk mengamatinya. Bina Keajaiban Dunia bersama-sama dengan perikatan anda dan pelayannya akan menjadi milik anda. Perang terbesar akan berlangsung, gabungan yang terkuat akan goyah dan akhirnya ianya mungkin bergantung pada satu tindakan yang terakhir. Di saat-saat penentuan seperti ini, kawan menjadi lawan dan musuh lama akan membentuk perikatan yang terdesak. Inilah masanya untuk wira menjadi lagenda. Anda sudah bersedia?

Kuasa Yang Unik

typetypetype